Friday, 27 February 2015

EDISI SEDIH PILU - Emma Maembong Akui Tak Lagi Cintakan Zizan


Persoalan mengenai status hubungan selebriti popular, Emma Maembong denga Zizan Razak akhirnya terjawab dalam satu sesi temuramah yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan, mStar online.

Seperti yang diketahui peminat, hubungan cinta mereka dilihat sentiasa bermasalah dan emma pula gemar meluahkan perasaan di laman sosial.

Berikut adalah beberapa soalan yang diajukan kepada Emma.

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

Emma mengakui hubungan kini hanya sebagai kawan dan tidak pernah sambung seperti didakwa Zizan.

Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Kenapa Emma jarang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas hubungan cinta tersebut?

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang.

Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Apa komen Emma terhadap gosip terbaharu bahawa Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen?

Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

Sumber: mStar online

Wednesday, 25 February 2015

GEMPAR! Gambar Pontianak Berjaya Dirakam Di Balkoni Asrama UiTM?



SETIAP pelajar yang pernah tinggal di asrama pastinya mempunyai pengalaman mistik atau sekurang-kurangnya, mendengar kisah-kisah seram daripada senior.

Jarang ada yang dapat membuktikannya melainkan melalui cerita mulut sahaja, justeru gambar yang didakwa berjaya dirakam penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini sungguh mengemparkan.

Makhluk ini didakwa sebagai pontianak yang sedang berdiri di balkoni asrama!

Kejadian dikatakan berlaku Ahad lalu di sebuah cawangan IPTA tersebut yang terletak di Negeri Sembilan.

Pun begitu, baik kiranya kami rahsiakan lokasi tepat asrama berkenaan kerana gusar boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan penuntut…ngeeee!

Gambar yang mula tersebar di laman sosial ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada ianya asli atau tidak.

Meskipun ada pihak menganggap kisah makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.

Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.

sumber- cari.com.my

Tuesday, 24 February 2015

WANITA INI MAKAN BENDA HIDUP MENTAH-MENTAH. AWATNYA? (awas! gambar untuk 18 tahun keatas)


Gambar seorang wanita berusia 40-an meratah hidup mentah tersebar di laman sosial tanpa seb#arang penjelasan. Tindakan itu menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri yang wanita itu mengamalkan ilmu hitam.



Menerusi carian di Google, wanita itu dikenali sebagai Miskaulah, 38, berasal dari Indonesia.



Difahamkan, wanita itu sejak dari ke#cil lagi sudah terbiasa makan daging mentah setiap hari. Di usianya yang semakin lanjut, dia kini hanya mampu menghabiskan dua ekor daging ayam mentah berbanding dulu, lima ekor ayam mentah.



Jika tidak mempunyai wang untuk membeli ayam hidup, wanita itu terpaksa memakan ayam milik saudara maranya yang berkeliaran di belakang kawasan rumahnya. Namun, tindakannya itu tidak dihalang oleh saudara mara kerana sudah faham dengan ‘keperluan’ wanita itu.



“Kadang-kadang saya juga makan ular da#n saya terpaksa membelinya dari penjual. Jika dibandingkan antara daging ayam dan daging ular, saya lebih suka daging ayam kerana dagingnya sedap dan enak.



“Saya pernah keracunan ketika memakan daging ular di usia muda. Tidak pasti pula apa jenis ular yang saya makan ketika itu. Akibatnya, wajah saya membengkak teruk,” katanya.





KENAPA CHEF INI MANDI DALAM PERIUK?


COLOMBIA – Seorang tukang masak tentera, Victor Gamboa, 27, kini tidak senang duduk selepas gambarnya mandi dan membasuh rambut di dalam periuk besar yang digunakan untuk membuat sup, tersebar di internet.
Ia juga menyebabkan pihak tentera terpaksa melakukan siasatan dan jika perlu, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Gamboa.
 Gamboa, dari batalion polis tentera ke-13, dirakamkan membuka baju dan kemudiannya memanjat ke dalam periuk besar yang mengandungi air.
Menurut seorang lagi tukang masak, Juan Camargo Cubillos, Gamboa memanjat periuk yang penuh dengan air yang digunakan untuk memasak sup untuk seluruh tentera di kem itu.
“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya.
“Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.
“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata Cubillos.
Insiden tersebut berlaku pada bulan Julai tahun lepas namun Cubillos telah dimaklumkan supaya memadamkan gambar berkenaan.
Bagaimanapun gambar tersebut kini telah tersebar di internet.
Dengan tersebarnya gambar berkenaan, maka ramai yang tidak terkejut apabila tempat memasak itu telah diarahkan ditutup selepas mendapat arahan daripada Sekretariat Kesihatan.
SUMBER- mynewshub


ABANG SADO VS KUCING COMOT. SIAPA MENANG?



abg beluncas- huhh..camne? korang pilih siapa. anak bulus comel montel atau abang sado persis model international. 








Monday, 23 February 2015

Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand


Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayah dikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru.Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa. 

Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak,Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end! 



kredit:www.blogserius.blogspot.com


ANDA NAK KURUS? MUNGKIN ANDA HARUS BERFIKIR LAGI SEKALI LEPAS LIHAT GAMBAR INI


Seorang wanita mendedahkan impiannya untuk memiliki bentuk badan yang kurus dan mengiurkan menjadi mimpi paling ngeri seumur hidupnya.

Ini kerana badan wanita bernama Kristina Mileski ini menjadi tidak ubah seperti seorang nenek tua.

Lebih tragis, impiannya menurunkan berat badan sebelum hari perkahwinan telah memusnahkan kehidupan seksnya bersama suami yang baru dikahwini.

Keadaan kulit badannya yang mengelebeh telah menyebabkan Kristina malu untuk berbogel serta melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Menurut Kristina, perubahan penampilannya kini bukan sahaja merosakkan tetapi juga memberi kesan sepanjang perkahwinan.

“Tahun pertama kehidupan kami sebagai suami isteri menjadi ngeri. Saya ingin menjadi normal kembali,” katanya.

Kristina yang tidak gembira dengan penurunan berat badannya menyifatkan bentuk badannya dahulu nampak lebih seksi berbanding sekarang.




SUMBER-mynewshub

abg beluncas- speechless...abg dah ok dengan badan sekarang. sado tak kurus pun tak. sesedap rasa saja. Pada yang nk kurus tu jangan guna cara extreme ye. Amalkan pemakanan sihat dan jangan malas bersenam...heheh