Tanjung Karang: Lelaki berusia 27 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas dua cincin di dua jari tangan kanannya tidak dapat ditanggalkan ketika hendak menerima rawatan, semalam.
Bagaimanapun, sepasukan anggota bomba dan penyelamat berjaya mencabut kedua-dua cincin berkenaan daripada jari lelaki berkenaan di Hospital Tanjung Karang.
Difahamkan, mangsa terbabit sebelum itu terbabit dalam kemalangan dan menyebabkan jarinya tercedera.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dipanggil ke hospital berkenaan bagi memberikan bantuan kepada lelaki itu.
"Kita mengambil hampir setengah jam untuk mengeluarkan cincin itu dengan menggunakan alat pemotong cincin," katanya.
ISH..ISH..ISH. nasib baik cincin dijari. kuss semangat abg beluncas tadi. Macam tu lah orang kata, malang tu memang tak berbau ( buang angin je yg berbau deknon oi.). Mari sama2 kita beringat ye. Abg Beluncas nak share satu video tentang cara-cara menghadapi situasi tak terjangka macam ni-->>
No comments:
Post a Comment