Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts
Wednesday, 25 February 2015
GEMPAR! Gambar Pontianak Berjaya Dirakam Di Balkoni Asrama UiTM?
SETIAP pelajar yang pernah tinggal di asrama pastinya mempunyai pengalaman mistik atau sekurang-kurangnya, mendengar kisah-kisah seram daripada senior.
Jarang ada yang dapat membuktikannya melainkan melalui cerita mulut sahaja, justeru gambar yang didakwa berjaya dirakam penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini sungguh mengemparkan.
Makhluk ini didakwa sebagai pontianak yang sedang berdiri di balkoni asrama!
Kejadian dikatakan berlaku Ahad lalu di sebuah cawangan IPTA tersebut yang terletak di Negeri Sembilan.
Pun begitu, baik kiranya kami rahsiakan lokasi tepat asrama berkenaan kerana gusar boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan penuntut…ngeeee!
Gambar yang mula tersebar di laman sosial ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada ianya asli atau tidak.
Meskipun ada pihak menganggap kisah makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.
Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.
sumber- cari.com.my
Friday, 20 February 2015
KERANA POPIA, RAKYAT INDONESIA BERDEMO LAGI.
JAKARTA - INDONESIA. Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam bagi menegaskan bahawa kuih popiah, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.
Protes 'Save Lunpia' anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.
Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.
"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popiah) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popiah) sebagai warisan budaya nasional.
“Jangan sampai (popiah) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popiah sebagai warisan budaya nasional.
Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popiah sebagai berasal dari Indonesia.
Beliau berkata, popiah diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.
Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popiah Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.
"Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popiah) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia," menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu.
sumber- sinarharian.com
Nampaknya rakyat indonesia mengamuk lagi gara2 marahkan malaysia yang nak claim popia sebagai makanan warisan negara. adoii, pening abg beluncas dengan perangai rakyat indonesia ni. Tarian tak boleh, pakaian tak boleh, makanan tak boleh. Tidakkah diorang ni sedar yang kita ni serumpun, dari akar yang sama. Maka tak hairanlah kalau ada banyak persamaan antara budaya melayu malaysia dan melayu indonesia. Waduh2..ribut banget!!
Labels:
demonstrasi,
hot,
indonesia,
isu semasa,
malaysia,
melayu,
panas,
popiah
Subscribe to:
Posts (Atom)

