Monday, 23 February 2015

ANDA NAK KURUS? MUNGKIN ANDA HARUS BERFIKIR LAGI SEKALI LEPAS LIHAT GAMBAR INI


Seorang wanita mendedahkan impiannya untuk memiliki bentuk badan yang kurus dan mengiurkan menjadi mimpi paling ngeri seumur hidupnya.

Ini kerana badan wanita bernama Kristina Mileski ini menjadi tidak ubah seperti seorang nenek tua.

Lebih tragis, impiannya menurunkan berat badan sebelum hari perkahwinan telah memusnahkan kehidupan seksnya bersama suami yang baru dikahwini.

Keadaan kulit badannya yang mengelebeh telah menyebabkan Kristina malu untuk berbogel serta melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Menurut Kristina, perubahan penampilannya kini bukan sahaja merosakkan tetapi juga memberi kesan sepanjang perkahwinan.

“Tahun pertama kehidupan kami sebagai suami isteri menjadi ngeri. Saya ingin menjadi normal kembali,” katanya.

Kristina yang tidak gembira dengan penurunan berat badannya menyifatkan bentuk badannya dahulu nampak lebih seksi berbanding sekarang.




SUMBER-mynewshub

abg beluncas- speechless...abg dah ok dengan badan sekarang. sado tak kurus pun tak. sesedap rasa saja. Pada yang nk kurus tu jangan guna cara extreme ye. Amalkan pemakanan sihat dan jangan malas bersenam...heheh

No comments:

Post a Comment