RESAH menantikan khabar berita tentang keadaan seorang pemuda yang tidak pulang-pulang, ahli keluarga dan rakan-rakannya kini menviralkan mesej tentang kehilangan individu itu di laman sosial!
Menurut akaun Facebook adiknya, Ona Nabila, pemuda tersebut, Asmadi Balkhis Abu Bakar, berusia 30 tahun yang juga seorang jurulatih Zumba dan berasal dari Bandar Baru Kulim, Kedah, dipercayai telah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Namun, dia kemudiannya gagal dihubungi melalui semua medium termasuk aplikasi Whatsapp dan mesej. Berdasarkan informasi dari rakan-rakan, dia telah pulang menggunakan perkhidmatan kereta api.
Walau bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum muncul di rumahnya di Kedah.
Tambah adiknya lagi, berdasarkan maklumat yang diterima, mereka pasti, Asmadi atau turut dikenali sebagai Muddy berada di Kuala Lumpur mahupun Seremban.
Ceritanya lagi, kesihatan kedua-dua ibu bapanya turut terjejas memikirkan keadaan dan keselamatan abangnya itu, lantas dia memohon jasa baik orang ramai agar menyalurkan informasi sekiranya mengetahui berita berkaitan Muddy.
abang beluncas- kesian pada keluarga beliau, Kita tak berada di tempat mereka dan tak pernah mengalami situasi yang sama jadi kita kurang faham. Harapnya jika muddy dapat membaca mahupun mengetahui rayuan keluarga beliau, hubungilah mereka, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan resah, Jika berlaku sesuatu benda tidak elok, kita sama2 berdoa semoga muddy dipelihara keselamatannya oleh yang maha kuasa. Jika korang ada sebarang info berkenaan muddy, tolong hubungi ahli keluarga beliau ASAP okay.


No comments:
Post a Comment